Projek Tabung Ibnu Sina bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta bagi tahun 2024-2025. Dana ini akan disalurkan untuk menampung pelbagai keperluan dan aktiviti perubatan bagi mempertingkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan komuniti. Fokus utama projek ini adalah untuk menyediakan bantuan kecemasan, menjalankan program pemeriksaan dan kesedaran kesihatan, melaksanakan program vaksinisasi, serta menyediakan bantuan alatan perubatan kepada mereka yang memerlukan.
Sesetengah ahli masyarakat diuji dengan sakit yang memerlukan rawatan berterusan & penggunaan peralatan perubatan di rumah.
Golongan asnaf terutamanya tidak mampu menampung kos pembelian barangan perubatan yang amat diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Jadi, GPM Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan tabung ini untuk memberi pinjam dan memberi secara penuh barangan perubatan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.
Jenis Bantuan
– Bantuan Kecemasan untuk Perubatan: RM300,000
– Program Pemeriksaan Kesihatan Komuniti: RM200,000
– Program Kesedaran Kesihatan Komuniti: RM150,000
– Program Vaksinisasi Komuniti: RM200,000
– Bantuan Keperluan Alatan Perubatan: RM150,000
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email: donation@gpm.com.my
KEMPEN SUPER SEDEKAH LAILATUL QADAR 2024