Agriculture Project

RM352 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway BayarCash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM100.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

PROJEK PENANAMAN BUAT KELANGSUNGAN HIDUP PELARIAN SYRIA & MASYARAKAT LUBNAN YANG MEMERLUKAN

 

Tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan pada bulan lepas masih lagi menghantui kita.

Jika diimbas kembali, letupan tersebut menghasilkan impak ledakan yang sangat besar sehingga ‘berjaya’ memusnahkan ribuan bangunan, meninggalkan kawah yang dalam di kawasan letupan, mengorbankan ratusan insan, malah mencederakan ribuan lagi.

Menurut ketua misi pasukan urgent call for Lebanon yang telah memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Lubnan yang terjejas, Syahrir Azfar, keadaan di Lubnan pada ketika ini sangat teruk dan sukar, apatah lagi sebelum insiden letupan itu berlaku, rakyat di sana telah berhadapan dengan kejatuhan ekonomi, ditambah lagi dengan wabak pandemik COVID-19 yang semakin parah.

Jelasnya, purata harian kes jangkitan COVID-19 di sana adalah kira-kira 500 kes sehari.

Dengan keadaan  ekonomi yang kian merundum, bagaimana agaknya rakyat disana ingin survive? terutama sekali pelarian Syria yang berada di Arsal, Lubnan. Walaupun Arsal terletak jauh dari Beirut namun, kejatuhan ekonomi Lubnan buat masa kini sedikit sebanyak memberi kesan yang besar kepada seluruh rakyat yang berada di Lubnan terutama sekali pelarian Syria.

Oleh kerana itu Tim Global Peace Mission Malaysia hadir melancarkan Agriculture Project bagi rakyat Lubnan yang terjejas dan juga pelarian Syria yang berada di Arsal, Lubnan.

Lokasi projek ini akan dilaksanakan di Arsal, Lubnan. Manfaatnya adalah untuk membantu membangun ekonomi masyarakat yang terjejas di Lubnan & pelarian Syria.

Tanaman utama yang kami sasarkan ketika ini adalah tanaman kentang sebelum tibanya Musim Sejuk tak lama lagi. Apabila tibanya musim sejuk mereka tidak dapat melakukan sebarang tanaman malah aktiviti diluar sekali pun kerana Arsal merupakan kawasan pergunungan yang suhu musim sejuknya boleh mencapai -16 darjah celsius.

SASARAN : RM100,000

Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.

Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih.

"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"