BANTUAN AFTN LOCKDOWN 2.0 #KitaHadapBersama
Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini (1 Jun) hingga 14 Jun depan.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini berkata, menerusi total lockdown itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pastinya dengan kehadiran Lockdown 2.0 ini memberi kesan yang besar kepada mereka yang berkerja gaji kecil dan berkerja di sektor yang terpaksa ditutup.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AID FOR THE NEEDY (AFTN) merupakan salah satu projek utama GPM yang dijalankan sepanjang tahun bagi menyantuni mereka yang memerlukan sama ada di dalam atau di luar negara.
Selain itu, projek ini menfokuskan bantuan umum selain makanan seperti bantuan kit bayi, bantuan PDPR (E-learning), barangan basah, kit kebersihan wanita dan sebagainya. Di samping itu, bantuan-bantuan ini juga sebagai salah satu inisiatif kecil untuk meringankan beban penerima manfaat dan membantu mereka meneruskan kehidupan sepanjang Lockdown 2.0.
Tajaan Kotak Makanan : 1 Slot/RM100
Tajaan Kit Bayi : 1 Slot/RM120
Tajaan Bantuan PDPR : 1 Slot/RM1,500
Tajaan Barangan Basah : 1 Slot/RM65
Tajaan Kit Kebersihan Wanita : 1 Slot/RM35
SASARAN : RM300,000
Firman Allah SWT:
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah al-Baqarah: 274)
Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Berbahagi rezeki saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya rezeki lebih dari cukup untuk keperluan sendiri. Hidup ini bukan untuk kita-kita sahaja, maka berkongsilah bersama saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.