AMIR MASDI FOR PALESTINE

Tamat pada 2024-03-31
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM5.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Menanti bebasnya rakyat Palestin dari serangan dan ancaman Israel, angka syahid dan tercedera semakin hari semakin meningkat. Rumah-rumah, apa jua jenis bangunan termasuk hospital musnah dibom dengan penuh kezaliman.

Tidak cukup dengan serangan demi serangan, bekalan elektrik, akses air serta barangan juga disekat dan dihentikan oleh rejim semata-mata untuk menyiksa saudara-saudara kita di Palestin.

Ini tidak adil untuk mereka!

Anak-anak kecil menjadi yatim malah ahli keluarga yang lain juga terbunuh dan kini beban sakit dan rindu mereka semakin diuji tanpa belas kasihan. Kami mohon.. tolong jangan berhenti peduli pada mereka yang sangat terdedah kepada ancaman.

Demi Palestin, Amir Masdi dengan kolaborasi bersama Global Peace Mission Malaysia melancarkan kempen AMIR MASDI FOR PALESTINE . Inisiatif ini dilaksanakan demi membuka lagi peluang buat para dermawan untuk berinfak sambil membela nasib Palestin sekali gus memberi semangat buat mereka agar terus melindungi Al-Aqsa dan bumi Palestin.

Sumbangan anda mampu meringankan beban Palestin dan bakal diagihkan kepada jenis bantuan berikut:

1. Bantuan perubatan sama ada sokongan keperluan ubat-ubatan, alatan perubatan hospital atau alatan pakai buang hospital.

2. Bantuan bekalan makanan kepada keluarga yang terjejas.

3. Bantuan perlindungan (shelter), antaranya adalah khemah, alatan dalam rumah seperti tilam, atau bantuan untuk pembaikan rumah penduduk.

4. Bantuan pendidikan seperti pembaikan/pembinaan sekolah atau pusat tahfiz.

5. Bantuan untuk kegunaan tim Search and Rescue (SAR) sendiri seperti alatan SAR atau sumbangan makanan kepada mereka.

❤️ SEDEKAH SEIKHLAS HATI


BERSAMA KITA PERTAHANKAN BUMI PALESTIN DAN RAKYATNYA!


Nabi SAW bersabda:

"Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan."

[HR Bukhari dan Muslim]

Sahabat-sahabat, ini jihad kita bersama.

Ayuh, kita laksanakan sesuatu, demi mempertahankan maruah agama ini.

Bismillah.

Allahumma bariklana fi Syamina.

Sedia pertahan al-Aqsa.
Birruh, Biddam, Nafdika ya Aqsa

Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan #InfaqTerbaik ini untuk membantu mereka yang memerlukan di PALESTIN.

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti menyokong perjuangan mereka.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

Rujukan : AM4Palestine

 

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.

Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.

 

TERIMA KASIH

"MISI KEMANUSIAAN MERENTASI SEMPADAN"