AID FOR THE NEEDY #COVID19 – SABAH

Tamat pada 2020-11-30

Terima Kasih kepada semua penyumbang. ^.^
Kami sudah mencapai sasaran sumbangan. Moga semuanya dirahmati.

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

SABAH MEMERLUKAN BANTUAN ANDA SEMUA!

 

Kes pandemik Covid 19 telah meningkat secara mendadak baru-baru ini dan salah satu negeri yang terjejas teruk adalah Sabah. Sehingga tarikh 15 Oktober 2020, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi dan kini masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Keadaan ini telah memberikan kesan kepada masyarakat Sabah terutama mereka yang kurang berkemampuan dan telah kehilangan sumber pendapatan.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia sehingga kini terus komited membantu mereka yang memerlukan hampir seluruh negeri ketika pandemik covid19 melanda Malaysia bermula awal Mac yang lepas.

Antara keperluan yang diperlukan untuk kempen ini adalah :

1) Set makanan

2) Kotak makanan

3) Keperluan barisan hadapan

4) Set Kebersihan diri

5) Keperluan Mendesak Hospital

SASARAN : RM200,000

 

Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.

Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih.

"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"