TAJAAN PERSEKOLAHAN KEPADA ANAK-ANAK ASNAF & PELARIAN MALAYSIA
Sudikah anda berkongsi sebahagian rezeki anda dengan mereka .? ?
Tim Global Peace Mission Malaysia mensasarkan bagi kempen ini sebanyak Rm 100,000 bagi untuk keperluan barang-barang sekolah. Tim GPM akan membantu golongan Asnaf, Rohingya Education Centre (REC) dan Jasmine As-Sham yang tetap bersemangat menuntut ilmu walaupun dihimpit pelbagai krisis.
Dalam kempen ini apa yang anda boleh taja untuk mereka :
Tajaan Alat Tulis - Rm 25
Tajaan Aktiviti REC Dan Jasmine As-Sham - Rm 50
Tajaan Buku Latihan - Rm 100
Tajaan Pakaian Seragam - Rm 150Tajaan Khas "KEMBALI BERSEKOLAH" - RM 500
Tajaan Khas "Kembali Bersekolah" kami sasarkan kepada golongan Asnaf yang tidak mampu menyara anak mereka untuk bersekolah. Dengan bantuan anda semua, kita bakal memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk kembali "Bersekolah".
SASARAN : RM100,000
Adakah anda sudah tergerak hati untuk menaja anak-anak asnaf dan pelarian ini ?
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.
Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.
Terima kasih.
"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"