TABUNG BACK TO CAMPUS
Sejajar dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi mengenai kemasukan semula pelajar secara fizikal ke kampus bagi sesi 2021/2022 yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada pertengahan Oktober ini, Persatuan Alumni Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengambil inisiatif bagi melancarkan TABUNG BACK TO CAMPUS.
Tabung ini dilancarkan bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali meneruskan pembelajaran di kampus. Kutipan ini akan disalurkan kepada seramai 81 orang pelajar FBIM yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah (kurang dari RM1000) dan ada juga dalam kalangan mereka yang merupakan anak yatim/ piatu. Di samping itu, ia juga akan digunakan untuk menampung kos sewa kenderaan dan tiket penerbangan (bagi pelajar dari Sabah/ Sarawak) yang mana melibatkan lebih 30 orang pelajar yang mempunyai masalah dari segi pengangkutan untuk kembali ke kampus.
Untuk makluman, kesemua pelajar ini adalah daripada program ijazah sarjana muda yang memerlukan praktikal/ amali di lapangan dan makmal bagi melengkapkan silibus pembelajaran mereka. Diharapkan agar sumbangan ini dapat membantu memberi kemudahan kepada mereka dalam meneruskan pembelajaran di universiti.
“Barangsiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan di dunia, maka Allah akan memudahkan baginya kemudahan (urusan) di dunia dan akhirat.”
(HR. Tirmidzi: 1853)
#MalaysiaPrihatin #KitaBantuKita
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.