BANTUAN KECEMASAN KEM BALUKHALI

Tamat pada 2020-10-01
RM6,122 of RM100,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM150.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

KEM PELARIAN UMAT ISLAM TERBAKAR!

 

DHAKA - Kebakaran besar telah melanda kem pelarian Rohingya di selatan Bangladesh pada hari Isnin, memusnahkan ribuan kediaman dan beberapa orang telah terbunuh.

Video dan gambar menunjukkan api melanda kem Balukhali di Cox's Bazar. Asap hitam meluap dan kebakaran memakan ribuan khemah. Pelarian yang berada disitu turut ramai kembali ke Khemah mereka yang sedang terbakar untuk mendapatkan semua harta mereka.

 

Pihak berkuasa dan UNCHR tidak dapat mengesahkan jumlah kematian dan punca sebenar kebakaran.

Lebih dari satu juta orang Rohingya tinggal di kem-kem di selatan Bangladesh, sebahagian besarnya telah melarikan diri dari Myanmar pada tahun 2017 akibat "genosid" yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar.

Zaifur Hussein, seorang pelarian berusia 50 tahun yang melepaskan diri dari kebakaran tetapi kehilangan rumahnya dan berlindung dengan rakan-rakan, mengatakan dia percaya berpuluh-puluh orang mungkin terbunuh dan pagar di sekitar kem menjadikan sukar untuk melarikan diri.

"Ketika kami berada di Myanmar, kami menghadapi banyak masalah ... mereka menghancurkan segalanya," katanya. "Sekarang ia telah berlaku lagi."

Dengan puluhan ribu pelarian Rohingya yang tercedera, pastinya mereka kekurangan bahan perubatan, tempat berteduh dan pakaian. Global Peace Mission (GPM) Malaysia hadir dengan bantuan orang ramai mengumpulkan sumbangan untuk meringakan beban pelarian Rohingya yang berada disana.

SASARAN : RM100,000

 

BANTUAN YANG DIPERLUKAN :

  • BANTUAN KHEMAH PERLINDUNGAN - RM150

  • BANTUAN PAKAIAN - RM100

  • BANTUAN PERUBATAN - RM150

 “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis riwayat Muslim)

Ayuh bersama kami terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan Infak ini untuk membantu mangsa kebakaran di Cox's Bazar.

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

 

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.

Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.

 

TERIMA KASIH

"MISI KEMANUSIAAN MERENTASI SEMPADAN"