BANTUAN KECEMASAN BANJIR PANTAI TIMUR 1.0

Tamat pada 2021-01-18

Terima Kasih kepada semua penyumbang. ^.^
Kami sudah mencapai sasaran sumbangan. Moga semuanya dirahmati.

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

BANTUAN KECEMASAN BANJIR PANTAI TIMUR FASA PERTAMA DIPERLUKAN!

 

Dilaporkan Mangsa Banjir di Pahang menghampiri jumlah 15,000 orang. Dengan keadaan Pandemik Covid-19 yang masih berlarutan, pastinya memberi kesukaran kepada masyarakat yang dilanda musibah banjir terutama di Negeri Pahang.

 

Keadaan ini telah memberikan kesan besar kepada masyarakat Pahang terutama mereka yang kurang berkemampuan dan telah kehilangan sumber pendapatan.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia sehingga kini terus komited membantu mereka yang memerlukan hampir seluruh negeri ketika pandemik covid19 melanda Malaysia bermula awal Mac 2020 yang lepas. Dan kini apabila musibah banjir melanda negara, GPM terus konsisten membantu memenuhi keperluan segenap masyarakat dimana jua mereka berada.

 

 

Antara keperluan yang diperlukan untuk Bantuan Kecemasan ini adalah :

1) PEK MAKANAN ASAS (BERAS, MAKANAN KERING/TIN, BISKUT, MAGGIE) (RM100/perslot)

 

2) KIT IBADAH (KAIN PELIKAT, TELEKUNG & SEJADAH) (RM100/perslot)

 

3) KIT KEBERSIHAN DIRI (PAMPERS, TUALA WANITA, SABUN, SHAMPU, BERUS GIGI, KETIP KUKU & SIKAT) (RM150/perslot)

 

4) PAKAIAN & KEPERLUAN HARIAN (PAKAIAN BAYI, T-SHIRT, SUSU BAYI & AIR MINERAL -500ml) (RM150/perslot)

 

SASARAN FASA PERTAMA : RM50,000

 

LOKASI BANTUAN : RAUB & LIPIS, PAHANG

Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.

Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih.

"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"