TABUNG BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE-SYRIA

Tamat pada 2024-01-01
RM385,938 of RM1 million raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM15.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

๐Ÿšจ ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง: ๐†๐ž๐ฆ๐ฉ๐š ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐ข ๐“๐ฎ๐ซ๐ค๐ข๐ฒ๐ž - ๐’๐ฒ๐ซ๐ข๐š ๐Ÿšจ

Selatan Turkiye digemparkan dengan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud sekitar jam 4.17 pagi (waktu tempatan) pada 6 Februari 2023 dan turut dirasai oleh penduduk di Syria, Lubnan, Cyprus, Palestin dan juga Iraq๐Ÿ’ฅ

Gempa tersebut telah mengorbankan ribuan rakyat Turkiye & Syria dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat susulan usaha menyelamat masih giat dijalankan.

Dilaporkan banyak bangunan dan kediaman musnah dalam bencana alam kali ini. Ribuan rakyat mereka cedera akibat gegaran dan runtuhan bangunan dan telah menyebabkan banyak kerosakan.

Setakat 14 Februari 2023, dikhabarkan angka korban di Turkiye & Syria yang dikenal pasti telah pun melepasi jumlah 37,000 mangsa.

Masih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang belum diselamatkan akibat kekurangan peralatan menyelamat.

Sehubungan itu, GPM menggerakkan rasa prihatin dan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa gempa di Turkiye & Syria dalam usaha menyelamatkan mereka.

Antara bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa adalah :

  • Makanan sedia dimakan (Ready to Eat) ๐Ÿฑ
  • Makanan Panas (Hotmeals) ๐Ÿ›
  • Khemah โ›บ๏ธ
  • Bahan pemanas ๐Ÿ”ฅ
  • Alatan menyelamat โš™๏ธ

Ayuh, salurkan sumbangan anda kepada mangsa gempa di sana.

Moga-moga Allah mengganjari sumbangan kalian dengan sebaik-baik ganjaran ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.

Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.

TERIMA KASIH

"MISI KEMANUSIAAN MERENTASI SEMPADAN"