🚨 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧: 𝐆𝐞𝐦𝐩𝐚 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐢 Maghribi 🚨
Gempa Bumi kuat yang melanda Maghribi Jumaat malam (8 September 2023) telah mengorbankan lebih 2000 orang.
Masih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang belum diselamatkan akibat kekurangan peralatan menyelamat.
Sehubungan itu, GPM menggerakkan rasa prihatin dan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa gempa di Maghribi dalam usaha menyelamatkan mereka.
Antara bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa adalah :
- Makanan sedia dimakan (Ready to Eat) 🍱
- Makanan Panas (Hotmeals) 🍛
- Khemah ⛺️
- Bahan pemanas 🔥
- Alatan menyelamat ⚙️
Ayuh, salurkan sumbangan anda kepada mangsa gempa di sana.
Moga-moga Allah mengganjari sumbangan kalian dengan sebaik-baik ganjaran 🤲🏻
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada mereka yang dilanda bencana andai ada rezeki buat mereka.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.
Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.