PROJEK PEMBINAAN HUNIAN SEMENTARA (HUNTARA) INDONESIA

Tamat pada 2024-01-01
RM10,614 of RM500,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM100.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

PROJEK PEMBINAAN HUNIAN SEMENTARA (HUNTARA) CIANJUR, INDONESIA

 

Pada 21 November 2022 yang lalu, kota Cianjur, Indonesia telah digegarkan dengan gempa bumi yang berukuran 5.6 Magnitud. Gempa bumi ini telah menyebabkan kerosakan di 12 daerah didalam wilayah Cianjur yang mana angka kematian yang dilaporkan seramai 600 orang. Seramai 335 orang telah dijumpai tertimbus manakala 265 orang yang telah dikebumikan sendiri oleh ahli keluarga.

 

Implikasi daripada gempa ini telah menyebabkan seramai 73,693 orang menjadi pengungsi serta 55,972 kediaman telah rosak yang diklasifikasikan sebagai kerosakan berat, sederhana dan ringan. Sehingga kini, mangsa gempa yang berada di Cianjur tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah memandangkan keadaan kediaman yang tidak selamat diduduki dan musnah.


Gambar Proses Pembinaan Huntara

 

  

Ayuh bersama kami membantu mangsa-mangsa di Cianjur agar mereka mendapat sedikit keselesaan & keselamatan selepas musibah berat ini. 

 

 AKAUN BANK GLOBAL PEACE MISSION:

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602 

BANK ISLAM: 1402-30100-29224 

AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871 

CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13 

(Rujukan: Huntara Cianjur) 

 

 

Sama-sama kita bantu mereka agar segera pulih dari musibah yang telah meruntuhkan beribu-ribu rumah, fasiliti awam & meragut beratus nyawa ini. 

  

Semoga semua mangsa dapat dibantu & bangkit semula selepas musibah bencana alam ini.  

InshaAllah, sama-sama kita bantu ringankan beban & terus doakan keselamatan mereka.