IFTAR FOR AFGHANISTAN 2022

Tamat pada 2022-05-01
RM290 of RM300,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM15.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

IFTAR FOR AFGHANISTAN DI PERLUKAN

 

Kempen Iftar for the Needy adalah kempen tahunan yang GPM Malaysia anjurkan dengan objektif utamanya untuk menyampaikan bantuan berbuka puasa kepada mereka yang memerlukan, di Malaysia dan di beberapa buah negara pilihan yang lain terutama sekali di AFGHANISTAN.

 

 

Keadaan ekonomi di Afghanistan kian meruncing. Semakin ramai yang kehilangan pekerjaan. Ada yang sudah empat ke enam bulan tidak menerima sebarang gaji

Mereka yang menjadi pelarian dalaman semakin ramai. Ramai yang tidur dalam kelaparan.

Ibu tunggal dan anak-anak yatim mengharapkan pembelaan.

Ketua keluarga semakin tertekan.

Mereka yang berjual di jalanan tidak mendapatkan hasil jualan.

Akses kepada ubat-ubatan dan rawatan kesihatan semakin parah.

Peperangan dan pergolakan selama 40 tahun benar-benar memberikan impak yang besar kepada masyarakat Afghanistan ketika ini.

 

Dalam masa yang sama, bantuan-bantuan ini menjadi salah satu inisiatif kecil untuk mereka yang menerima manfaat membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

 

SASARAN : RM300,000

 

Memberi makan kepada orang yang berpuasa adalah salah satu amalan mulia yang menjadi lubuk pahala kepada pemberi makanan, sesuai dengan nas yang disampaikan daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

 

 

Subhanallah, amat besar ganjaran pahala yang ditawarkan kepada mereka yang memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Kami sangat galakkan anda untuk menyumbang sewaktu bulan Ramadan nanti. Ganjaran pahala berlipat ganda yang akan diperolehi adalah sangat bernilai.

Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan #InfaqTerbaikRamadan ini untuk membantu mereka yang memerlukan di AFGHANISTAN.

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

 

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Doa kami buat anda dermawan yang dikasihi Allah sekalian agar anda diberkati, dilimpahi nikmat kemanisan ibadah, dimurahkan rezeki dan dikurniakan syurga oleh Allah SWT.

Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan. Sikit atau banyak amat bernilai bagi mereka yang memerlukan.

Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan dan kemurahan hati anda semua.

 

TERIMA KASIH

"MISI KEMANUSIAAN MERENTASI SEMPADAN"