TABUNG IFTAR NIGERIA

Tamat pada 2021-05-18
RM7,552 of RM200,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM30.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

BANTUAN IFTAR FOR THE NEEDY UNTUK NIGERIA

 

UNICEF memberi amaran sekurang-kurangnya 49,000 kanak-kanak akan mati akibat kekurangan zat di kawasan yang terputus hubungan akibat kebangkitan pelampau Islam di timur laut Nigeria, jika mereka tidak mendapatkan rawatan lanjut.

Di Nigeria, menyaksikan 450,000 kanak-kanak berhadapan kekurangan zat yang teruk.

Sistem amaran awal kebuluran, Fews Net, berkata beberapa kawasan terpencil di negeri Borno di Nigeria sudah pun terjejas akibat kebuluran sejak lewat tahun lalu dan bencana itu berkemungkinan berterusan kerana agensi bantuan tidak dapat sampai kepada mereka yang memerlukan.

IFTAR FOR THE NEEDY (IFTN) merupakan salah satu projek utama GPM yang dijalankan pada setiap tahun menjelang Ramadan.

Selain itu, tujuan projek ini adalah untuk membantu mereka yang memerlukan khususnya yang tidak berpeluang untuk menikmati juadah ketika 'iftar' dan 'sahur'. Sementara itu, kami juga membuat pengagihan harian bagi keperluan seperti pendidikan dan bantuan perubatan selain keperluan makanan.

Dalam masa yang sama, bantuan-bantuan ini menjadi salah satu inisiatif kecil untuk mereka yang menerima manfaat membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

SASARAN : RM200,000

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

 

Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan #InfaqTerbaikRamadan ini untuk membantu mereka yang berada di Nigeria.

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

 

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.

Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.

 

TERIMA KASIH

"MISI KEMANUSIAAN MERENTASI SEMPADAN"