BANTUAN IFTAR FOR THE NEEDY UNTUK PALESTIN
IftarPalestin : RAMADAN UNTUK PALESTIN.
Nasib Palestin yang tak terbela menyebabkan ramai rakyatnya menderita. Lebih satu abad mereka ditindas di negara sendiri. Allahu!
Apa salah mereka? Dengan keadaan tanah di bumi palestin ini semakin sempit, rumah mereka yang masih dalam pembinaan pula sanggup dibom hingga musnah.
Akses mereka untuk mendapatkan keperluan asas sangat terhad! Termasuk keperluan Makanan, Perubatan dan Pendidikan.
Ayuh, kongsi rezeki bersama saudara-saudara Palestin kita sana!
Bermula dari gandaan RM10, insya-Allah menjadi saham akhirat anda di sana.
Bersama bebaskan saudara-saudara kita di Palestin daripada terus menderita! Paling tidak, ihsan anda yang sudi membantu menceriakan hari esok mereka.
IFTAR FOR THE NEEDY (IFTN) merupakan salah satu projek utama GPM yang dijalankan pada setiap tahun menjelang Ramadan.
Selain itu, tujuan projek ini adalah untuk membantu mereka yang memerlukan khususnya yang tidak berpeluang untuk menikmati juadah ketika 'iftar' dan 'sahur'. Sementara itu, kami juga membuat pengagihan harian bagi keperluan seperti pendidikan dan bantuan perubatan selain keperluan makanan.
Dalam masa yang sama, bantuan-bantuan ini menjadi salah satu inisiatif kecil untuk mereka yang menerima manfaat membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
SASARAN : RM500,000
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan #InfaqTerbaikRamadan ini untuk membantu mereka yang memerlukan di PALESTIN.
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.
Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.