PROJEK #jomkongsipahala ACCIN
Projek #jomkongsipahala ACCIN adalah satu usaha Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN) untuk mengajak orang ramai bersama kami dalam usaha membantu masyarakat terpinggir dalam bidang kemanusiaan seperti pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti secara berterusan.
ACCIN terus memacu usaha mempromosi persefahaman dan keharmonian di antara penganut agama demi perpaduan negara. Usaha menyampaikan mesej Islam menjurus ke arah saling faham memahami kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. ACCIN juga berperanan mempengaruhi dasar-dasar negara yang berkaitan secara efektif.
Jom kongsi pahala bersama kami dalam memastikan anak-anak terpinggir dijamin pendidikan, warga orang asli dibangunkan dan harmoni subur antara kaum dan agama. ACCIN mengajak orang ramai menyumbang dengan mudah serendah RM1 sehari. Dengan Projek #jomkongsipahala ACCIN anda dapat bersama-sama dalam usaha membantu dan membangunkan masyarakat.
Semoga dengan Projek #jomkongsipahala ACCIN, sumbangan yang sedikit tetapi berterusan mampu memberikan impak tinggi dalam menyokong usaha-usaha murni ACCIN.
Cara Sumbangan
Salurkan terus ke akaun bank:
Allied Coordinating Committee of Islamic NGO Malaysia
(ACCIN)
Bank Islam : 140 140 101 386 85
sekretariat.accin@gmail.com
016 651 4722
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.