TAJAAN KONTENA 4 SYRIA 2.0 DIPERLUKAN
GPM Malaysia dengan kerjasama 5 NGO lain & kerajaan negeri Selangor akan mengadakan pengumpulan barangan keperluan musim sejuk untuk dihantar kepada pelarian Syria di Lubnan.
Musim sejuk akan tiba pada bulan Disember dan pelarian Syria di sana masih memerlukan keperluan asas musim sejuk untuk mereka guna & manfaatkan ketika musim kritikal tersebut.
Barangan yang mereka perlukan adalah:
Baju tebal/ jaket (baju sejuk) - Sarung tangan - Mafla - Knitwear - Stokin - Beanie (topi musim sejuk) - Selimut tebal - Kasut but
Kaunter penerimaan barangan tersebut akan dibuka pada 1 & 2 Oktober 2022 bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang.
Menariknya, anda boleh drop-off je barangan bantuan tu secara drive-thru!
Jadi, anda perlu datang je ke lokasi kaunter serahan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri, Shah Alam, Selangor.
Waze: Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri,
Shah Alam, Selangor
Google Map: https://maps.app.goo.gl/gixrXAmejUtM9HLm6?g_st=iw
Selain barangan fizikal, anda juga boleh sumbang ke tabung Kontena for Syria untuk bantu penuhkan keperluan musim sejuk mereka.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda & jumpa
di sana!
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.
Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.
Terima kasih.
"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"