BANTUAN LAPTOP UNTUK MAHASISWA DIPERLUKAN
Pernah tak kita terfikir bagaimana Mahasiswa/i belajar secara atas talian tanpa Laptop ?
Kami dari GPM Selangor sedang usahakan projek Laptop4U untuk membantu mahasiswa/i di Selangor yang tiada laptop.
Antara sasaran kami ialah membantu 50 Mahasiswa/i untuk mendapatkan akses kepada laptop bagi keperluan pembelajaran mereka !
JUMLAH MAHASISWA : 50
RM100/PerSlot
SASARAN : RM50,000
Kami daripada GPM Selangor merayu kepada anda yang membaca untuk sama-sama menyumbang agar dapat meringankan beban Mahasiswa yang ingin melaksanakan tugasan mereka dan pembelajaran mereka dengan sempurna. Nilai sumbangan anda akan mengukir sumbangan di wajah mereka.
Sempena bulan mulia Ramadan ini, AYUH mulakan amal yang membawa keberkatan rezeki dengan menyumbang untuk Mahasiswa yang memerlukan!
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.
Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.