MISI PEDULI PATTANI AKADEMI DAIE MUDA YADIM (ADMY)
SELATAN THAILAND
Akademi Daie Muda Yadim (ADMY) dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia akan mengadakan Misi Peduli Pattani Akademi Daie Muda Yadim (ADMY) ke Selatan Thailand pada 10-13 Oktober 2023.
Dengan rasa keperihatinan dan rasa peduli terhadap minoriti muslim yang terkesan akibat konflik Selatan Thailand yang telah berlaku saban tahun. Program ini diadakan bagi menyantuni mereka yang terkesan baik dari sudut fizikal dan mental.
SASARAN : RM40,000
Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan Infaq terbaik ini untuk membantu minoriti muslim yang berada di Selatan Thailand.
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti andai ada rezeki buat mereka.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.
Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.