TABUNG PEDULI FILIPINA

Tamat pada 2021-06-01
RM7,660 of RM100,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM100.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

BANTUAN KECEMASAN DIPERLUKAN UNTUK MINORITI MUSLIM DI FILIPINA

Sekurang-kurangnya hampir sejuta penduduk dipindahkan selepas Taufan Goni mula membadai Filipina hari ini yang dijangka mengakibatkan bencana dan kesan paling buruk di negara itu.

Menurut peramal cuaca negeri, ribut taufan paling dahsyat sepanjang tahun ini itu mula membadai Pulau Catanduanes pada jam 4.50 pagi waktu tempatan (2050 GMT Sabtu) dengan kelajuan angin maksimum 225 kilometer (140 batu) sejam.

Wilayah Bicol merupakan antara wilayah yang terawal terjejas akibat ribut taufan tersebut dan mengakibatkan 600 muslim di wilayah tersebut terjejas.

Sementara itu, Ketua Pertahanan Awam, Ricardo Jalad, berkata hampir sejuta penduduk sudah meninggalkan kediaman masing-masing di wilayah Bicol. Akan tetapi terdapat beberapa keluarga tidak mampu untuk menjalani proses perpindahan kerana mereka tidak mempunyai kemampuan yang cukup.

Jurucakap pertahanan awam wilayah Bicol, Alexis Naz pula berkata, "Proses memindahkan orang ramai menjadi lebih sukar disebabkan oleh COVID-19,"

GPM dengan kerjasama Khayra Ummah Foundation Incorporated melancarkan Tabung Kecemasan Filipina bagi membantu 600 orang Minoriti Muslim yang terjejas di wilayah Bicol akibat Ribut Taufan:

Antara Bantuan yang diperlukan:

  1. Kotak Makanan RM100

  2. Baik Pulih Rumah RM200

  3. Khemah Sementara RM200

  4. Perubatan RM100

  5. Lain-lain Bantuan Mendesak RM100

 

Sasaran : RM100,000

Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.

Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih.

"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"