SEGERA : Urgent Call for Lebanon
Letupan yang berlaku pada awal pagi 5 Ogos kelmarin telah mengecohkan seluruh media di dunia terutama media di negara timur kerana pastinya berdekatan dengan kawasan tersebut. Di awal pagi kira-kira jam 12 malam waktu Malaysia mengejutkan pelbagai pihak. Dikatakan letupan tersebut hasil daripada letupan ammnonium di daerah Beirut, Lubnan.
Menurut perdana menteri Lubnan, Hassan Diab ‘Gudang tersebut sudah ada dalam beberapa tahun daripada tahun 2014 lagi”. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, telah membunuh 78 orang dan telah mencederakan kira-kira 3000 orang awam di sekitar Bierut.
Tragedi ini telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia terutama sekali NGO-NGO kemanusiaan. Kami telah berhubung dengan rakan kerjasama di sana mengenai keperluan bantuan yang penting dan segera untuk disalurkan.
.
Sebagai respon kemanusiaan terhadap tragedi duka Lubnan ini Global Peace Mission (GPM) bersama Malaysia for Syria (MFS) dan juga Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan menggerakkan Kempen Bantuan Urgent Call for Lebanon dengan jumlah sasaran awal adalah sebanyak RM250,000.
.
Berikut adalah manfaat yang akan disalurkan melalui sumbangan orang ramai
KIT KEBERSIHAN (RM100) per Slot
KIT PERUBATAN (RM200) per Slot
PEK MAKANAN (RM50) per Slot
SASARAN : RM 50,000
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.
Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.
Terima kasih.
"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"