TABUNG PEDULI UYGHUR

Tamat pada 2025-01-01
RM12,942 of RM100,000 raised
RM 100.00
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM100.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

AYUH SELAMATKAN UYGHUR

Istilah ‘Uyghur’ membawa makna kepada penyatuan atau kerjasama yang diambil daripada perkataan Turki. Sejarah orang Uyghur sebenarnya adalah sangat panjang dengan rekod pertama sejarah Uyghur dicatatkan buat pertama kali 17,000 tahun dahulu dengan kewujudan Empayar Uyghur di kawasan daerah Mu. Era kegemilangan orang Uyghur boleh dikatakan berakhir semasa penjajahan orang Moghol. Selepas terkuburnya populariti Jalan Sutera (Silk Road )di China yang dijadikan laluan perdagangan utama ketika itu, masyarakat Uyghur mula hilang pengaruh mereka terhadap ekonomi dan pemerintahan zaman tersebut.

Bermula sekitar tahun 1911 parti komunis/nasionalis china berjaya menjatuhkan Empayar Manchu bermula di Wuchang, menyebabkan ‘Xinjiang’ jatuh kepada Kerajaan China. Pelbagai penindasan yang di lakukan terhadap rakyat Uyghur antaranya larangan-larangan ni membabitkan larangan berpuasa, bersolat, memakai hijab, membela janggut dan berbagai lagi, sejak berdekad yang lalu. Malahan, mereka yang berusia 18 tahun ke bawah juga dilarang daripada datang ke masjid. Hal ini tidak campur lagi kes-kes penangkapan, penculikan, pemerkosaan serta penyeksaan tanpa sebab yang dilakukan ke atas orang Uyghur yang tidak berdosa. Oleh hal yang demikian, ramai masyarakat Uyghur melarikan diri daripada kawasan sendiri kerana tidak sanggup untuk menjadi hamba kepada komunis.

Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah membantu pelarian masyarakat Uyghur yang berada di Turki anggaran seramai 5000 orang dari segi bantuan iftar, qurban dan bantuan musim sejuk. Antara bantuan yang disalurkan adalah memberi sokongan seperti bantuan makanan, barangan keperluan harian agar masyarakat Uyghur tetap terus semangat menjalani kehidupan walaupun sebagai pelarian ke negara lain.

Dengan beribu perlarian Uyghur berkeperluan, GPM tidak mampu berdiri menanggung sendirian bahkan mengharapkan kemurahan hati Tuan/ Puan budiman.

Tumpuan barangan tentunya berkisar penyediaan keperluan berikut :
>SET MAKANAN KEPERLUAN - RM100/ Slot
>KIT MUSIM SEJUK (Baju sejuk, Selimut, Kasut, Stoking, Sarung tangan dan Topi) - RM100/ Slot

SASARAN : RM100,000 

Marilah bersama kami berkongsikan kehangatan kasih sayang buat saudara yang sedang memerlukan.

Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.

Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih.

"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"