#SpecialRamadan : AYUH, ADD-ONS PAHALA 10 MALAM TERAKHIR DENGAN AMAL SEDEKAH!
Sempena Ramadan 2022M/1443H, Global Peace Mission (GPM) melancarkan KEMPEN SUPER SEDEKAH : Pecutan Akhir Ramadan bagi tujuan menggalakkan orang ramai bersedekah dimalam 10 terakhir Ramadan sambil membantu insan-insan yang kurang bernasib baik serendah RM20 sahaja per/slot.
Sedekah dermawan yang terkumpul tidak terbatas sumbangan untuk di Malaysia sahaja, bahkan 23 buah negara bakal kami agihkan sepanjang Ramadan ini termasuhlah negara krisis seperti Palestin, Yaman dan lain-lain lagi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
10 hari terakhir Ramadan adalah fasa pecutan bagi meraih pahala beribadah.
Dalam fasa ini juga, sebolehnya kita cuba mengejar ganjaran 10 malam terakhir Ramadan, dengan harapan kita mendapat ganjaran malam Lailatul Qadar.
Jom sertai kami dalam misi pecutan akhir Ramadan.
Dalam 10 hari ni, kami akan pecut untuk bantu mana-mana lagi golongan memerlukan yang perlu dibantu.
Tapi, kami tak mampu buat sendiri. Kami perlukan juga bantuan kalian dermawan budiman untuk laksanakan misi Ramadan ini.
Ayuh, kita bantu beri mereka makanan berbuka.
Kita beri mereka kotak makanan untuk bertahan selama sebulan.
Kita beri juga bantuan lain untuk melengkapkan lagi Ramadan mereka.
SASARAN : RM200,000
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan #InfaqTerbaikRamadan ini untuk membantu mereka yang memerlukan hampir 23 buah negara.
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.
Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.