MY SOLIDARITY COVID-19 FUND #SupportFrontliners

Tamat pada 2021-11-01
RM175,617 of RM500,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM100.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

MY SOLIDARITY COVID-19 FUND #SupportFrontliners

 

Umum mengetahui, peningkatan penularan kes Covid-19 di negara ini telah menyebabkan hospital-hospital dan juga fasiliti kesihatan berada di tahap yang membimbangkan. Hospital-hospital yang menangani kes-kes Covid-19 memerlukan pelbagai tambahan alat-alat perubatan seperti Katil Hospital termasuk Katil Wad ICU, Ventilator untuk ICU dan yang bergerak, Kanula Hidung, Pam Infusi dan Picagari termasuk Pelitup Muka N95.

Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs - ACCIN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Yayasan Ikram Malaysia, Pertubuhan IMAN, Rizq ar-Rahman dan juga Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Malaysia telah bersetuju untuk menggerakkan satu usaha dan juga gerakan masyarakat sivil merentas kaum dan kepercayaan bagi memberikan sokongan kepada keperluan mendesak bagi menangani penularan Covid-19 di Malaysia.

Justeru, inisiatif ini memerlukan dokongan dan juga sokongan dari semua pihak sebagai tanda sokongan kita bersama dengan para petugas kesihatan yang bertungkus lumus bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa.


OBJEKTIF
Sejumlah RM10juta dana sasaran secara kolektif yang diletakkan bagi membeli pelbagai keperluan mendesak tambahan kepada beberapa hospital yang telah dikenalpasti seperti Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Ampang, Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Miri dan juga Hospital Kuching.

Inisiatif ini akan digerakkan secara kolektif bersama pelbagai badan-badan bukan kerajaan dengan mendapat sokongan dan juga sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan swasta, syarikat terkait dengan kerajaan dan juga daripada orang awam.

 

SASARAN FASA 1 : RM500,000


JENIS BANTUAN

Berikut adalah senarai keperluan dan anggaran harga (bergantung kepada jenis dan juga keperluan di setiap hospital yang berlainan) :

1. ICU Ventilator : RM 120,000
2. Portable Ventilator : RM 58,000
3. High Flow Nasal Cannula : RM28,000
4. Bed Hospital : RM4,500
5. ICU Bed : RM23,000
6. Syringe Pump : RM3,500
7. Infusion Pump : RM3,500
8. N95 Mask : RM7.50


Semoga usaha dan inisiatif ini mendapat sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak sebagai tanda kebersamaan kita dengan para petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan rakyat di negara ini.

 

Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

 

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.