TABUNG KECEMASAN GEMPA CIANJUR DIPERLUKAN!
Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi berskala 5.6 magnitud yang melanda wilayah Cianjur di Jawa Barat pada hari Isnin, 21 November 2022 dalam jam 3:28 petang.
Gempa bumi tersebut mengakibatkan kemalangan jiwa penduduk, kecederaan & kerosakan material seperti berikut:
Penduduk terkesan:
-
Kemalangan jiwa: 306 orang
-
Dalam pencarian: 40 orang
-
Cedera: 2042 orang
-
Dipindahkan: 61 908 orang
* Data sehingga 25 November 2022
Kerosakan material:
-
Penduduk terjejas: 13 784 orang
-
Rumah: 2834 buah
-
Pusat kesihatan: 2135
-
Masjid: 6 buah
-
Sekolah: 14 buah
Mangsa bencana terpaksa dipindahkan ke khemah sementara. Malangnya, sekarang khemah tidak mencukupi dan mereka terpaksa berhimpit-himpit di dalam khemah uzur tersebut sementara bantuan tiba.
Cuaca diramalkan hujan berturut-turut selama berminggu-minggu menyebabkan mereka lebih sukar berlindung dengan kelengkapan terhad & terdapat juga kemungkinan bencana susulan akan terjadi.
Dikhabarkan dalam berita, masih ada mangsa yang cuba untuk balik ke rumah masing-masing yang telah musnah untuk mengambil dokumen penting mereka seperti sijil nikah & gambar keluarga.
Pada 23 November lalu, mangsa yang dipindahkan di khemah penempatan terpaksa tidur bersama jenazah yang terkorban kerana mereka tiada tempat lain untuk menguruskan jenazah.
Hanya khemah itulah tempat mereka semua berteduh kerana kekurangan kelengkapan. Bekalan makanan & perubatan telah tiba namun masih belum mencukupi untuk semua mangsa.
Jadi, mereka amat memerlukan bantuan segera seperti:
Khemah (RM 100/slot)
Alatan mencuci (RM 100/slot)
Makanan (RM 100/slot)
Air bersih (RM 100/slot)
Selimut (RM 50/slot)
Alas tidur (RM 50/slot)
Pampers & susu bayi (baby kit) (RM 100/slot)
Kit kebersihan (RM 150/slot)
Kit perubatan (RM 150/slot)
Sasaran utama: RM 50,000
Salurkan sumbangan kecemasan anda kepada mangsa-mangsa di Cianjur agar mereka mendapat sedikit keselesaan & keselamatan selepas musibah berat ini.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
(Rujukan: Gempa Cianjur)
Sama-sama kita bantu mereka agar segera pulih dari musibah yang telah meruntuhkan beribu-ribu rumah, fasiliti awam & meragut beratus nyawa ini.
Semoga semua mangsa dapat dibantu & bangkit semula selepas musibah bencana alam ini.
InshaAllah, sama-sama kita bantu ringankan beban & terus doakan keselamatan mereka.