WAKAF TELAGA AR-RAHMAH

Tamat pada 2022-05-01
RM18,220 of RM120,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM600.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

WAKAF TELAGA BUAT MASYARAKAT UGANDA

 

Allahu... Betapa sukarnya kehidupan saudara-saudara kita di sana tanpa bekalan air di rumah mereka. Bagaimana untuk mereka mereka melakukan aktiviti seharian seperti membersihkan diri, memasak dan sebagainya? 

Bersama kami Global Peace Mission (GPM) Malaysia dalam membantu muslim di Uganda mendapatkan kemudahan telaga untuk bekalan air bersih buat mereka. 

Dana berjumlah RM100,000 diperlukan dalam menjayakan Projek Telaga Ar-Rahmah di Uganda. Semoga usaha pembinaan telaga bagi menyediakan bekalan air bersih buat saudara-saudara kita di sana dapat memudahkan mereka untuk bersuci dan berwuduk khususnya. 

 

SASARAN : RM120,000 (20 Telaga)
1 Telaga : RM6,000

Per Slot : RM600

 

Saad bin Ubadah ra. bertanya kepada Rasulullah Saw,

“Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Baginda menjawab, “Memberi air ( sedekah air ).”
(Shahih Abu Daud).

 

Ayuh bantu saudara-saudara kita yang terputus bekalan air bersih di Uganda. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan Infaq Telaga Ar-Rahmah ini untuk membantu mereka yang memerlukan di Uganda.

NOTA PENTING: HANYA PENYUMBANG RM600 DAN KEATAS SAHAJA YANG AKAN DICETAK/DITULIS NAMA DI TELAGA YANG TELAH SIAP DIBINA DI UGANDA.

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna terhadap isu-isu kemanusiaan global. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya buat mereka demi mendapatkan bekalan air bersih setiap hari.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

 

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441

Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.

Semoga penyumbang yang berbagi rezekinya bersama masyarakat di Uganda melalui projek Telaga Ar-Rahmah ini dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Allahumma aamiin.