Aid for The Needy : Teratak Buat Zulkarnain

Tamat pada 2020-11-01
RM17,077 of RM15,000 raised

Terima Kasih kepada semua penyumbang. ^.^
Kami sudah mencapai sasaran sumbangan. Moga semuanya dirahmati.

RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM100.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

BERSAMA GLOBAL PEACE MISSION (GPM) MALAYSIA DI DALAM AID FOR THE NEEDY 2020

Aid For The Needy : #BaikPulihRumah merupakan projek khas bagi membantu mereka yang mengalami kesusahan dari segi infrastruktur rumah atau tempat tinggal mereka

Projek bantuan kali ini berfokus kepada rumah sebuah keluarga yang terletak di Kampung Relau, Asahan, Melaka.
“DAPAT BETULKAN ATAP YANG BOCOR UNTUK ANAK SELESA PUN JADILAH”
 
Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula, begitulah ujian yang dihadapi oleh pasangan suami isteri yang hanya dikenali sebagai Abu Samah dan Shahrubariyah. Kehidupan mereka tidak seperti kehidupan orang lain. Rumah yang didiami di Kampung Relau, Asahan, Melaka hanya tunggu masa dan waktu untuk gugur dan roboh.
 
Abu Samah bekerja sebagai buruh SWM Enviroment di bandar Melaka. Beliau yang berumur 38 tahun mempunyai 4 orang taggungan yang mana masih kecil dan naif. Isterinya Shahrubariyah bekerja sebagai suri rumah dan mengharap akan ihsan orang ramai bagi membantu keadaan rumah meraka yang sangat daif.
Bantuan baik pulih rumah ini akan
diberikan secara berperingkat.
MENGAPA PERLU BANTU MEREKA?
Rumah yang mereka diami sangat daif dan uzur, bumbung yang bocor akan mengakibatkan mereka terpaksa menumpang teduh di rumah jiran sebelah apabila berlaku hujan lebat.
 

 

Perkembangan anak-anak mereka juga terbantut dek kerana keadaan persekitaran rumah yang tidak membantu dan kondusif. Hanya kerana terdapat ruang tamu dan SATU bilik sahaja untuk didiami oleh 4 orang anak beranak ini.

 

 

Ayuhlah Tuan Puan yang Budiman. Membantu mereka mendapatkan keselesaan rumah yang lebih baik.

JUMLAH SASARAN: 

RM15,000.00

Semoga dengan setiap sumbangan dan juga infak dari kita semua dapat memberikan kebahagiaan dan keselesaan mereka sekeluarga pada tahun ini, dan semoga pada setiap pengorbanan harta ini Allah berikan ganjaran yang terbaik dan berlipat kali ganda sebagaimana Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang membantu menghilangkan satu kesedihan (kesusahan) dari sebagian banyak kesusahan orang mukmin ketika didunia maka Allah akan menghilangkan satu kesusahan (kesedihan) dari sekian banyak kesusahan dirinya pada hari kiamat kelak."

Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih.

"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"