KIT TERIMA KASIH FRONTLINERS
Majoriti petugas barisan hadapan berada dalam keletihan kerana berhadapan ribuan pesakit baharu setiap hari, selain perlu memastikan tahap keselamatan rakyat terjamin.
Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata rakyat Malaysia perlu bersama-sama menghulurkan doa dan berganding bahu membantu memerangi wabak COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Perkembangan terkini COVID-19 masih dalam keadaan tidak menentu malah semalam mencatatkan jumlah kes harian tertinggi sejak pandemik itu menular di negara ini.
"Trend kes positif harian yang masih tinggi berbanding kes sembuh memberikan cabaran kepada kesihatan pasukan barisan hadapan dalam merawat pesakit COVID-19.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kit Terima Kasih Frontliners merupakan kit penghargaan buat Barisan Hadapan yang sedang bertungkus lumus dalam menangani Covid-19 yang sedang melanda di Malaysia.
RM15 Per Slot
SASARAN : RM15,ooo
Firman Allah SWT:
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah al-Baqarah: 274)
Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Berbahagi rezeki saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya rezeki lebih dari cukup untuk keperluan sendiri. Hidup ini bukan untuk kita-kita sahaja, maka berkongsilah bersama saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.