Apa yang dimaksudkan dengan Fidyah?
Fidyah ialah bayaran yang dikenakan bagi seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Cuba tengok balik dalam checklist Ramadan kita, ada tak kita selitkan tentang “Fidyah”?
Fidyah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika tidak ditunaikan akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Pengiraan Fidyah
Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7Hari x RM4.00 = RM28.00
Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00
Kita dah tahu apa itu Fidyah. Jadi, apa kita tunggu lagi? Di bulan Ramadan ini, ayuh tunaikan kewajipan dan langsaikan hutang Fidyah kita bersama kami di Global Peace Mission (GPM) Malaysia.
Setiap Fidyah yang dibayar akan disalurkan dalam bentuk barangan makanan asas (Rezeki Ummat) untuk diberikan kepada fakir dan miskin yang memerlukan.
Silakan klik pada pautan “Donate Now” atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda peduli. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang menanti setiap kali berbuka juga bersahur andai ada rezeki buat mereka.
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia): +603-41443441
Unit Pendermaan: +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami titipkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.
Semoga terpelihara di bawah Rahmat-Nya, Semoga Amal Baik ini menjadi saham akhirat kita.
KEMPEN SUPER SEDEKAH LAILATUL QADAR 2024