MISI KEMANUSIAAN : DENYUT NADI ACEH

Tamat pada 2023-02-18
RM1,335 of RM30,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM10.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Denyut Nadi Aceh adalah misi kemanusiaan sejagat yg dicetuskan atas rasa kasih dan sayang terhadap umat serumpun yg serba daif dan terputus dari perkembangan dunia luar.

Mahallah Sumayyah, UIAM Gombak dan Global Peace Mission Malaysia mengambil rasa tanggungjawab ini dengan menyantuni anak-anak di Pesantren Ar-Rabwah dan komuniti di persekitarannya.

Hajat dan hasrat murni ini dapat direalisasikan dengan sumbangan ikhlas dari anda semua. Setiap sen yang disumbangkan mengukir sejuta senyuman dan menambahkan kegembiraan mereka di ambang Ramadan 

PROJEK:

Pembinaan tandas

Pesantren Ar-Rabwah hanya mempunyai sebuah tandas sahaja yang perlu diguna dan dikongsi bersama dalam 100 orang pelajar. Misi kami adalah menyediakan dua buah tandas yang selesa dan cukup menampung pelajar dan tenaga pengajar.

Penambahbaikan fasiliti 

Atap bumbung bilik darjah berlubang menyebabkan cahaya matahari yang masuk menjadikan keadaan panas dan tidak selesa bagi pelahar.   Pesantren Ar-Rabwah terpaksa menggunakan baldi untuk menadah air yang masuk ketika hujan. Misi kami adalah menyediakan kipas dan membantu pembaikian bumbung bilik darjah.

  

Persekitaran Pesantren Ar-Rabwah memerlukan perubahan landskap untuk memberi wajah baru dan membina suasana yang lebih selesa untuk pelajar.

 

 

 

 

Pembangunan pelajar

Menjalankan aktiviti dan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar disana bagi meningkatkan kemahiran bersosial serta kemahiran diri. Pelajar  Pesantren Ar-Rabwah juga kurang pendedahan tentang dunia luar yang tidak pernah diterokai.

 

Bantuan bakul makanan

Menyantuni masyarakat sekitar yang kurang berkemampuan disana dengan memberikan mereka bantuan bakul makanan.

 

Rewang

Menjalankan aktiviti gotong-royong memasak dan mengagihkan makanan percuma kepada komuniti di persekitaran  Pesantren Ar-Rabwah. Perancangan kami adalah menumbangkan seekor lembu untuk menyantuni lebih kurang 200 penduduk.

Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.

Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih.

"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"