WAKAF AL-QURAN

Tamat pada 2023-08-31
RM1,070 of RM50,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM50.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

โœจ-๐–๐š๐ค๐š๐Ÿ๐ค๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง : ๐๐ž๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ- โœจ

 

Global Peace Mission (GPM) Malaysia dengan kerjasama Malaysia for Syria โ€“ MFS mahu menjayakan kempen Wakaf Al-Quran untuk Syria dan saudara-saudara di Malaysia. Tercetusnya idea ini adalah kerana ketika kami sedang melaksanakan agihan bantuan di kem-kem pelarian Syria di Turki, Syria dan Lubnan.

Selain daripada bekerja mencari rezeki untuk keluarga, kebanyakan orang Arab Syria juga akan menghabiskan masa lapang mereka dengan membaca Al-Quran, solat sunat dan beribadah kepada Allah SWT. Begitu juga saudara-saudari di Malaysia.

Namun begitu, tidak semua pelarian Syria dan mempunyai walaupun hanya sebuah naskah Al-Quran. Sifat cintakan Al-Quran ini sangat mahal namun tidak semua orang mampu merasainya hanya kerana ketiadaan naskah Al-Quran yang elok dan cantik untuk mereka guna.

Kesan daripada perang dan krisis kemanusiaan juga, Al-Quran yang mereka masih gunakan sudah lusuh, pudar tulisannya dan usang. Yang lagi menyedihkan adalah walaupun mereka berbahasa Arab, masih ramai lagi kanak-kanak pelarian Syria yang tidak mampu menghafal surah-surah pendek kerana mereka tidak mampu membeli Al-Quran.

Siapa yang memerlukan dan akan menerima manfaat wakaf Al-Quran ini?
โœ… Kanak-kanak Syria & Malaysia
โœ… Pelarian Syria
โœ… Saudara-saudari di Malaysia yang memerlukan
โœ… Surau & Masjid

Dermawan yang disayangi Allah,
Kami telah mengedarkan bantuan Kit Ibadah seperti Al-Quran, Sejadah, Yaasin, tasbih dan kurma kepada pelarian-pelarian di perkampungan Syrian Al Hayah pada tahun lalu. Ayuh laksanakannya sekali lagi tahun ini. Berikut adalah butiran wakaf Set Al-Quran untuk Syria;

  • 1 Slot Wakaf Al-Quran : RM50

  • Sasaran : RM50,000

Anda juga boleh mewakafkan set ini bagi pihak ibu ayah yang telah meninggal dunia, rakan-rakan, ahli keluarga lain malah bagi pihak diri sendiri. Anda wakaf, kami sampaikanโ€ฆ inshaaAllah.

 

Akad Wakaf: โ€œAku wakafkan sejumlah RM(jumlah sumbangan anda) untuk memberikan Naskah Al-Quran untuk pelarian Syria yang memerlukan.โ€

Sabda Nabi S.A.W;

โ€œApabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaituย doa anak soleh terhadap ibubapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaatโ€


*Nota: Resit pelepasan cukai tidak disediakan.

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna terhadap isu-isu kemanusiaan global. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya buat mereka yang memerlukan disana.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

 

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441

Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.

Semoga penyumbang yang berbagi rezekinya untuk menubuhkan pusat tahfiz ini dipermudahkan urusan hidup serta jalannya untuk ke syurga nanti.ย 

Allahummaย aamiin.ย