AYUH BERWAKAF MEMBANGUNKAN ANAK-ANAK TAHFIZ DI PESANTREN PROF DR HAMKA
Tahukah anda ada pelajar yang mahu belajar, tapi hasrat itu terkubur kerana kurangnya dana. Sayang dan amat rugi apabila peluang untuk ubah hidup ditutup akibat kekurangan sebegini. Yang mahu belajar pula ramai, tapi semuanya tidak boleh diteruskan.
.
Sekarang, ada satu pesantren yang dibina di Kecamatan Tanjung Raya, Indonesia, tapi pembinaannya tertangguh akibat kekurangan dana. Akibatnya, pendaftaran pelajar baru yang ingin menuntut ilmu di Pondok Pesantren Prof Dr HAMKA itu tidak dapat diterima buat masa ini.
.
Mereka memerlukan dana sebanyak RM 500,000 untuk menyambung semula pembinaan pondok pesantren ini bagi memudahkan pelajar menyambung pengajian.
.
GPM membuka peluang bagi anda berwakaf untuk pendidikan. Berwakaflah untuk menyambung penubuhan pesantren ini, sebagai ibadah penyerahan harta untuk kegunaan penuntut ilmu.
.
Wakaf itu sedekah jariah yang menjanjikan pahala berkekalan yang terus mengalir kepada pewakaf selama-lamanya. Selagi mana harta yang diwakafkan itu kekal dimanfaatkan oleh orang lain, selagi itulah pahala wakafnya akan dikurniakan oleh Allah secara berterusan.
.
Allah S.W.T telah menjadikan wakaf sebagai lubuk pahala yang besar bagi sesiapa saja yang menginfaqkan harta mereka ke jalanNya, sebagaimana mafhumnya:-
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah: 261)
.
Marilah sama-sama kita berwakaf kepada mereka untuk menuntut ilmu.
.
Semoga hasil wakaf daripada anda semua memungkinkan lahirnya seorang pewaris HAMKA yang akan berjasa kepada umat Islam.
.
Besar manfaat yang boleh diperolehi oleh masyarakat serta umat Islam secara keseluruhannya selepas mereka keluar berbakti nanti. Apabila mereka berjaya nanti, semuanya bermula dengan wakaf yang anda sumbangkan.
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna terhadap isu-isu kemanusiaan global. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya buat mereka yang memerlukan disana.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.
Semoga penyumbang yang berbagi rezekinya bersama anak-anak Tahfiz melalui projek Wakaf Pondok Pesantren Prof Dr Hamka ini dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Allahumma aamiin.