RM 50,000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBINAAN MADRASAH
Dermawan budiman yang dikasihi Allah,
.
Sekarang, ada 120 orang anak-anak pelajar di sebuah madrasah yang tinggal sepenuhnya di dalam bangunan madrasah yang menjadi asrama dan kelas pengajian bagi mereka.
.
Amat kasihan pada mereka kerana di dalam satu bangunan itulah mereka tinggal dan belajar kerana ketiadaan ruang untuk mengasingkan asrama dan kelas pengajian.
.
Sekarang, dalam perancangan, mereka mahu membina lagi sebuah bangunan madrasah, namun dana tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan untuk membina bangunan tersebut.
.
Mereka merayu sumbangan membina bangunan madrasah untuk menyediakan tempat pembelajaran yang lebih selesa kepada semua pelajar di sana.
.
Jika anda menyumbang, pembinaan bangunan kedua madrasah dapat dilaksanakan seterusnya membantu mereka belajar dan menuntut ilmu agama dengan lebih efektif.
.
Berikut adalah butiran sumbangan bagi tabung Wakaf Madrasah Darussalam yang akan dibina di Vietnam:
- Wakaf per slot: Serendah RM20
- Sasaran wakaf: RM 50,000
- Kegunaan wakaf: Untuk membeli batu bata, besi, pasir, simen dan barangan pembinaan lain
- Penerima manfaat: 120 orang pelajar Madrasah Darussalam
.
Inilah peluang untuk anda berwakaf seterusnya menyokong mereka menuntut ilmu agama. Usaha ini juga dapat membantu mereka menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat di sana.
.
Subhanallah! Bayangkan pulangan pahala untuk yang berwakaf bagi pendidikan! Apabila mereka belajar di dalam bangunan itu, kalian sebagai pewakaf juga akan mendapat pahala kerana mereka memanfaatkan harta yang kalian wakafkan.
.
Sumbanglah untuk mereka terus belajar dalam keadaan yang lebih produktif dan selesa.
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna terhadap isu-isu kemanusiaan global. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya buat mereka yang memerlukan disana.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.
Semoga penyumbang yang berbagi rezekinya untuk menubuhkan pusat tahfiz ini dipermudahkan urusan hidup serta jalannya untuk ke syurga nanti.
Allahumma aamiin.