Keadaan Sebenar Musim Sejuk di Palestin
Musim sejuk di Palestin boleh mencapai suhu serendah 10°C ketika siang, dan boleh jatuh serendah 3 atau 4°C ketika waktu malam! Cuaca pula kebanyakan masanya akan hujan, berangin dan mendung sepanjang musim sejuk.
Bangunan rumah di Palestin tiada sistem pemanas. Tambahan pula, rumah mereka dibina menggunakan batu yang memerangkap kedinginan di dalam rumah. Jika mampu, mereka boleh dapatkan sebuah atau dua buah pemanas untuk kekal hangat sepanjang malam ketika suhu rendah.
Jadi, untuk kekalkan kehangatan badan, mereka perlu pakai berlapis-lapis pakaian sejuk, perlu ada pemanas dan air panas untuk menjaga kebersihan diri.
Sayangnya, kebanyakan rakyat Palestin tidak mampu melengkapkan keperluan untuk menghadapi musim sejuk di rumah mereka sendiri.
Mereka perlukan bantuan anda semua untuk kekal hangat sepanjang musim sejuk selama 3 bulan setengah, bermula Disember sehingga pertengahan Mac.
Target sumbangan bagi bantuan ini adalah RM 100,000.
Antara jenis bantuan yang akan disampaikan adalah:
Kotak Makanan - Kelengkapan Baju Sejuk - Khemah/ Kanvas - Kayu Api/ Petrol - Pendidikan - Ladang Ayam
Kami melihat adanya keperluan untuk mengagihkan bantuan-bantuan tersebut supaya mereka dapat bertahan, sekurang-kurangnya sehingga berakhir musim sejuk pada pertengahan Mac 2023.
Kita tidak mengalami apa yang mereka sedang alami, namun percayalah, jika kita berada di tempat mereka, pastinya kita sangat mengharapkan bantuan tiba saat kita sendiri tidak mampu dan tidak berdaya.
Bantu mereka, kongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan di Palestin. Dengan sumbangan seikhlas hati anda, dapatlah mereka merasa kehangatan walaupun hanyalah sementara.
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Rujukan : Winter Palestin
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.
Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.