“811 orang kekurangan zat makanan, 276 juta orang hidup dalam kedaifan”.
Laporan antarabangsa melaporkan statistik tersebut, menunjukkan betapa teruknya keadaan krisis kebuluran dan makanan yang sedang terjadi di dunia sekarang.
Hal ini juga telah diakui oleh institusi antarabangsa yang lain, antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Perkara asas seperti makanan pun orang susah tidak mampu dapatkan, sudah tentu untuk membeli keperluan musim sejuk dengan lengkap pun mereka tidak mampu.
Tahun ini, musim sejuk tiba lagi, dan seperti biasa, mereka masih dalam kesempitan, menunggu bantuan tiba untuk meneruskan hidup.
GPM Malaysia sekali lagi telah melancarkan tabung kutipan bagi menghantar bantuan musim sejuk untuk hangatkan mereka yang memerlukan. Antara sasaran penerima adalah pelarian dan komuniti yang berada di bawah paras kemiskinan.
6 negara yang akan menerima manfaat bantuan musim sejuk ini adalah:
Komuniti Uyghur di Turki - Pakistan - Yaman - Afghanistan - Palestin - Lubnan
Target sumbangan keseluruhan adalah
RM 600,000.
Antara jenis bantuan yang akan disampaikan adalah:
Kotak Makanan - Kelengkapan Baju Sejuk - Khemah/ Kanvas - Kayu Api/ Petrol - Pendidikan
Kami melihat adanya keperluan untuk mengagihkan bantuan-bantuan tersebut supaya mereka dapat bertahan, sekurang-kurangnya sehingga berakhir musim sejuk pada pertengahan Mac 2024.
Kita tidak mengalami apa yang mereka sedang alami, namun percayalah, jika kita berada di tempat mereka, pastinya kita sangat mengharapkan bantuan tiba saat kita sendiri tidak mampu dan tidak berdaya.
Bantu mereka, kongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan di 6 negara tersebut. Dengan sumbangan seikhlas hati anda, dapatlah mereka merasa kehangatan walaupun hanyalah sementara.
Silakan klik pada pautan "Jom Sedekah" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya pada yang memerlukan.
MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13
Rujukan : Musim Sejuk 2023
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Amin Ya Rab.
Silakan Tuan/Puan yang budiman. Kita sama-sama infakkan harta buat mereka yang memerlukan.