NATIONAL REACHING COMMUNITY : HUMANITARIAN INITIATIVES TO SARAWAK 1.0 (NREACH 1.0)

Tamat pada 2024-09-30
RM350 of RM30,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM100.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

NREACH 1.0 merupakan program bantuan kemanusiaan yang akan diadakan di Kampung Kolong 2, Sarawak. Program ini merupakan salah sebuah program yang memberikan impak besar terhadap komuniti sarawak serta para pelajar uiam kuantan. Kami bekerjasama dengan beberapa pihak seperti Jabatan Pembangunan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Kuantan), Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Sarawak, Klinik Kesihatan Taman Malihah Jalan Belatok, Jawatankuasa Kampung (JKK) Kampung Kolong 2, Sarawak News, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Global Peace Mission (GPM).

Terdapat pelbagai subprogram untuk program ini:-
1. Seminar Sukarelawan Perubatan Kebangsaan 1.0 (Volunteer Team IIUM-Universiti Malaysia Sarawak)
2. Hari Interaksi Sukarelawan (Volunteer Team IIUM-Universiti Malaysia Sarawak)
3. Klinik Bergerak untuk Penduduk Kampung
4. Aktiviti Pendidikan Kesihatan dengan Kanak-Kanak
5. Aktiviti Mural bersama penduduk kampung
6. Kenduri Sekampung & Malam Kebudayaan
7. Pameran Kerjaya dan seminar kesihatan bersama pelajar sekolah menengah
8. Ziarah Mahabbah (pengagihan bakul makanan)
9. Sukan Rakyat