WAKAF RUMAH PEMULIHAN WARGA PALESTIN

Tamat pada 2024-04-01
RM27,666 of RM500,000 raised
RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM50.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

WAKAF RUMAH PEMULIHAN BUAT WARGA PALESTIN

 

Projek ini bertujuan untuk membantu memulihkan dan menyelenggara beberapa rumah keluarga miskin Palestin yang hidup di bawah garis kemiskinan yang menunjukkan keadaan rumah dan kesihatan mereka sangat teruk.

 

SASARAN FASA PERTAMA : RM500,000

 

Amalan berwakaf menjanjikan mempunyai kelebihan yang besar. Antaranya disebut sebagai pahala yang mengalir secara berterusan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Riwayat Muslim (4310), Abu Daud (2882)

 

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf.

Demikian juga Firman Allah SWT:

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

(Surah Ali-Imran: 93)

Ayuh bantu saudara-saudara kita di Palestin agar mereka boleh hidup dengan selesa. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan Wakaf  ini untuk membantu mereka yang memerlukan di Palestin.

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna terhadap isu-isu kemanusiaan global. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya buat mereka demi mendapatkan bekalan air bersih setiap hari.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

 

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441

Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.

Semoga penyumbang yang berbagi rezekinya bersama rakyat Palestin yang memerlukan melalui projek wakaf ini ini dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Allahumma aamiin.

 

Terima Kasih

"Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan"