WAKAF TAHFIZ PALESTIN

Tamat pada 2025-01-01
RM30,125 of RM500,000 raised
RM 50.00
Caj transaksi payment gateway Bayarcash .
Pilih Cara Sumbangan
Maklumat Peribadi

Donation Total: RM50.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

AYUH BERWAKAF MEMBANGUNKAN ANAK-ANAK TAHFIZ DI PALESTIN!

 

Kami membuka peluang untuk anda berwakaf bagi pembinaan Pusat Tahfiz Al-Seraj Al-Munieer di Masjid al-Imam Malik bin Anas di Gaza, Palestin. 

 

Dahulunya, pusat tahfiz dan masjid ini pernah beroperasi dengan sangat baik. Namun, selepas dibom dalam peperangan yang lalu, bangunannya musnah dan operasi kedua-duanya terganggu. Kemudian, mereka hanya mampu membina musalla sementara dan semua aktiviti masjid dan tahfiz dijalankan di musalla tersebut. 

 

(Keadaan bangunan masjid selepas dibom) 

 

(Kemusnahan bangunan yang menjejaskan operasi tahfiz dan masjid) 

 

Akibatnya, keadaan menjadi tidak kondusif untuk pembelajaran dan operasi masjid juga terganggu kerana tidak mempunyai ruang yang cukup. 

 

Sekarang, mereka berhadapan dengan masalah: 

  • Apabila musim sejuk tiba, terdapat kebocoran dalam musalla tersebut 
  • Pelajar perempuan tidak dapat belajar kerana ruang musalla tidak cukup 
  • Muslimah setempat tidak dapat solat di masjid kerana ruang solat muslimah tidak cukup 
  • Ruang yang terhad tidak mampu menampung jemaah yang ramai untuk solat Jumaat 

 

Sekarang, mereka dalam usaha membina semula bangunan masjid itu seterusnya boleh menempatkan pusat tahfiz Al-Seraj Al-Munieer. 

 

Berikut adalah butiran sumbangan bagi projek wakaf ini: 

  • Sasaran: RM 500,000 
  • Per slot: RM 50 
  • Penerima manfaat: Pelajar tahfiz dan penduduk setempat  

 

Seperti yang disebut dalam Surah Ali-Imran ayat 92: 

 

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu  menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahui-Nya." 

 

Marilah sama-sama kita berwakaf kepada mereka untuk menghafaz al-Quran dan belajar ilmu agama. 

 Semoga hasil wakaf daripada anda semua dapat melahirkan hafiz dan hafizah cemerlang. 

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Global Peace Mission untuk berkongsi rezeki tanda cakna terhadap isu-isu kemanusiaan global. Bukan RM1,000 mahupun RM10,000 yang membuat mata ini berkaca. Tetapi, 50sen, RM1, RM5 dan lain-lain jumlah yang kelihatan kecil, namun besar maknanya buat mereka yang memerlukan disana.

MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602
BANK ISLAM: 1402-30100-29224
AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871
CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13

 

Maklumat Perhubungan:

Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441

Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my

Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rab.

Semoga penyumbang yang berbagi rezekinya untuk menubuhkan pusat tahfiz ini dipermudahkan urusan hidup serta jalannya untuk ke syurga nanti. 

Allahumma aamiin.